CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 31, 2010

31 Januari 2010

Semuanya bermula dari tarikh ini..saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama...nada suara mama seakan-akan mahu menangis..saya makin tidak keruan..terdiam saya tatkala mama memberitahu aboh rasa kebas sebelah badan..menurut mama..ketika itu aboh di pejabat menyelesaikan kerja yang masih belum selesai..sedang membuat kerja..tiba-tiba aboh rasa mulut dan badan sebelah kanan kebas..cepat-cepat aboh terus off komputer dan pulang ke rumah..selesai mendengar penjelasan mama..saya terus menelefon adik beradik yang lain dan bergegas pulang ke rumah..sesampai saya di rumah mama..aboh masih di klinik swasta..tidak lama selepas itu aboh pulang..bersama dengan surat rujukan yang diberikan oleh klinik swasta tersebut..aboh di rujuk ke Hospital Putrajaya..saya dan suami turut serta menemani aboh ke Putrajaya..lama kami menunggu..akhirnya aboh dimasukkan ke wad utk pemantauan..CT SCAN dilakukan bg mengenalpasti sama ada terdapat kecederaan pada otak aboh..malam itu..mama nampak resah..suami saya mintak kebenaran aboh utk temankan aboh di hopsital..tetapi ditolak oleh aboh kerana baginya dia tidak sakit..malam itu..saya kembali lagi ke hopsital dengan segala barang keperluan aboh..apa yang dapat saya buat tatkala itu hanyalah memujuk aboh..saya katakan aboh terlalu kuat bekerja..inilah masa paling sesuai utk aboh berehat..mlm itu saya pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan bimbang..begitu juga mama..saya tahu mama risau walapun mama cuba tunjuk kuat di depan kami adik beradik..saya nampak ada airmata yang cuba mama tahan..sabarlah maaa..insyaAllah..semua akan ok...