CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 15, 2013

Update Follow up mama

Assalamualaikum

Petang smlm x dpt nak teman mama g jumpa doc..tapi dlm pukul 3 gitu dpt msg whatsapp mama..Alhamdulillah lega..so saya terus call mama..mama kata alhamdulilah x de apa-apa..Pulang dr pejabat saya tanya mama..doc buat apa?ckp apa?mama kata doc masukkan kamera..dan cek kot ada yg nampak x normal..tapi alhamdulillah ok..2 minggu lagi jumpa doc balik..will update more after 2 weeks ok?babai

Thursday, November 14, 2013

Follow Up Mama

Assalamualaikum

Malam ni sepatutnya saya teman mama berjumpa pakar ENT Azzahrah..tapi entah mcm mana pagi tadi kakak saya sms..katanya aboh nak bawak mama g Pakar ENT kat Sg Chua pulak...kelam kabut la pulak saya rush balik rumah..bukan apa..bab kesihatan mak ayah mmg wajib kena ada kalau dorg jumpa doc..senang nak tanya itu ini..tapi nak dijadikan cerita..klinik bukak kul 10.pastu dah bukak..staff dia lak ckp doc masuk kul 2 karang pulak..hadoii..hebatnya planning Tuhan..mmg x de peluang saya nak temankan mama g jumpa doc..harap2 x de la benda yg series...aminnn..will update the result once dah tau nanti..babai..

Tuesday, May 28, 2013

Bangkit Dari Ambang Maut

Assalamualaikum 

'Tanda awal yang ku alami adalah kurang selera makan.
Tidakku sangka sebenarnya ia adalah kanser  prostat.
Berat Badanku susut dan hidupku mula kalut.'
Encik Aziz bin Ngah
 
http://1.bp.blogspot.com/-2moHs7F-9P0/UaQK_8UCUsI/AAAAAAAASIQ/llrFqeCprBk/s1600/383498_3809553557790_1246011506_3600423_2026953694_n.jpg
 
 
 Siapa pernah menyangka bahawa diri mereka akan diserang kanser, dan sepanjang hidup mereka perlu bertarung dengannya. Malah sebaik kanser dikesan, ia sudah berada pada tahap akhir. Itulah yang berlaku kepada saya.

Saya mula mendapat tahu bahawa saya menghidap kanser prostat pada bulan Januari tahun 2010 setelah ujian dijalankan oleh doktor. Pada mulanya saya berasa kurang selera makan. Tambahan lagi, selera makan saya boleh terhenti secara tiba-tiba walaupun sewaktu saya sedang menjamah makanan. Ketika itu, berat badan saya mula susut dengan begitu ketara. Saya menjadi amat kurus. Pada awalnya saya tidak mengesyaki bahawa saya menghidap kanser. Sebaliknya, saya beranggapan bahawa ia mungkin sekadar hilang selera akibat usia yang semakin meningkat tua. Lama kelamaan saya hampir hilang terus selera makan. Saya menyangka, saya mungkin terkena santau dan sebagainya kerana sebagai seorang ahli perniagaan, saya sering makan di luar.

Akhirnya saya memberanikan diri untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor mendapati terdapat 6 spot kanser di kawasan prostat. Ketika itu juga, doktor menyatakan bahawa kanser tersebut sudah berada pada tahap empat. Seterusnya doktor menunjukkan bacaan PSA (Prostate specific antigen) iaitu sebanyak 509.12!Padahal bacaan PSA untuk manusia normal adalah pada skala 1 hingga 4. Itu adalah satu bacaan yang amat tinggi dan penyakit sudah berada pada tahap kronik. Kemudian, doktor memeriksa pula bahagian lain di tubuh saya. Doktor mendapati terdapat 10 spot kanser yang sudah menyerang pada tulang di bahagian atas.

Pada tahap ini, doktor sudah tidak boleh menjalankan pembedahan lagi kerana kanser sudah merebak. Malah kemoterapi juga tidak dapat dilakukan keran tulang-tulang saya sudah menjadi rapuh. Saya hanya diberikan suntikan Hormone Theraphy berkala pada setiap 3 bulan selama 2 tahun tetapi bacaan PSA masih tidak menurun iaitu 500 lebih.

Keadaan saya semakin lemah. Setiap kali membuang air kecil, terdapat darah dalam air kencing. Sendi-sendi dan tulang bahagian belakang saya teramat sakit. Saya gagahkan diri untuk meneruskan perniagaan walaupun hakikatnya tubuh badan saya berasa terlalu sakit.

Pada akhir tahun 2011, saya hanya redha dan mencari rawatan alternatif untuk menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Isteri mengajak saya untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kerana rawatan di sana berasaskan al-Quran. Saya mula bertemu Haji Lokman. Ketika itu, beliau ada menyentuh tulang belakang saya lalu memberikan beberapa rangkaian ayat untuk diamalkan. Saya yakin bahawa inilah ubta sebenar saya. Saya pulang ke rumah dan mengamalkan bacaan yang diberikan secara bersungguh-sungguh. Saya turut mengamalkan solat malam dan berzikir seperti yang disarankan.

Setelah melalui beberapa sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, saya pergi menjalankan pemeriksaan semula di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Doktor mendapati bacaan PSA saya turun hingga 3.22! Doktor berasa amat terkejut dengan penurunan itu. Malah saya sendiri tergamam dan amat bersyukur kepada Allah SWT. Saya merasakan diri ini seolah-olah dilahirkan semula. Daripada penyakit yang sudah di ambang maut, kini kembali pada tahap yang di bawah paras bahaya. Semenjak itu, saya terus-menerus mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Hidayah. PSA saya terus berada pada tahap yang terkawal.

Melalui pemeriksaan selanjutnya doktor mendapati kanser-kanser di bahagian tulang juga tidak ada lagi. Malah, doktor ketika mendapati perkembangan baik penyakit saya ini pernah berkata, andai saya mati, saya bukan mati kerana kanser yang sedang dihidapi ini.

Kuasa Allah SWT, tiada yang mustahil. Isteri adalah individu yang paling banyak membantu saya dalam menempuh hari-hari yang penuh dengan debaran dan kesakitan. Beliau sering menasihatkan saya agar redha dan yakin hanya kepada Allah SWT. Tidak semestinya yang sakit akan pergi dahulu. Andai sudah ketetapan ajal, yang sihat juga kadangkala lebih awal pergi menghadap Ilahi. Dengan dorongan semangat itulah, saya terus berusaha mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran yang diberikan. Saya menunaikan solat malam, memohon kesembuhan daripada Allah SWT.

Ke mana sahaja saya pergi, saya akan membawa keratan potongan ayat al-Quran yang diberikan. Saya membuat salinan keratan tersebut dan membawanya ke mana-mana untuk di baca. Tidak kira di mana sahaja, saya bekerja atau berniaga, saya tidak lupa untuk mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran tersebut. Berkat ketekunan dan kesungguhan serta semnagat saya ini, Allat SWT mengizinkan saya untuk menemui sinar kesembuhan. Siapa sangka, daripada kanser tahap empat yang kronik, pada usia 66 tahun ini, beserta bacaan kanser PSA yang terlalu tinggi berbanding paras normal. Sekarang saya sihat dan bertenaga. Bahkan, saya dapat melalui hari-hari seperti individu normal yang lain. Terima kasih ya Allah...

Sumber: Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser.
Penulis: Hj Lokman Abdul Hamid
Penerbit:Must Read Sdn Bhd.
Tahun Cetakan: 2013

P/S: Dialah ABOH saya..Dialah AYAH saya..Dia yang KUAT..Dia yang Tabah..Semoga Tuhan sentiasa pelihara kesihatan aboh..aminnn

Update: Skrg aboh di Azzahrah..pagi ni muntah2 di hospital.. :(
 
http://2.bp.blogspot.com/-n1T6tG6ndgA/UaQMoIYGTCI/AAAAAAAASIo/vu80thZR2Ow/s1600/431862_10201207984542118_533348023_n.jpg
 
 Ya Allah...ringankanlah kesakitan yang ditanggung oleh ABOHKU ya Allah...
 
 

Friday, February 22, 2013

Selamat Ulang Tahun Yg ke 68 Aboh

Assalamualaikum

http://1.bp.blogspot.com/-MeohTi8oPDc/UT_kE_cDtUI/AAAAAAAASD4/rKfA5jas_4w/s1600/225360_10200605778727693_1074569107_n.jpg
Dah lama rasanya saya x bercerita tentang aboh..2 tahun lepas kami sekeluarga terima berita tentang sakit aboh..sungguh...mmg saya cukup sedih tatkala itu..bermula dari tarikh itu kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah..tiada lagi senyuman yg benar2 ikhlas dr bibir saya kecuali senyuman palsu..utk menutup segala kegusaran dan kesedihan yg saya simpan..cuti?lebur semua cuti yg saya ada kerana membawa aboh ke hospital untuk beberapa ujian..itu saja yg saya mampu lakukan..bila lagi saya mahu membalas jasa aboh membesarkan saya..inilah masa  saya..hampir menarik nafas lega kerana sepanjang 2 thn ini tahap kesihatan aboh sangat positif..kandungan psa dalam darah aboh juga kembali ke paras normal..tapi permulaan tahun ni..apa yg saya nampak..tahap kesihatan aboh semakin merosot..lebih2 lagi sakit kaki..sehinggakan untuk berjalan skrg aboh perlu pakai tongkat..smlm selepas menunaikan solat magrib..lama saya tenung wajah aboh..Allah..tua sudah rupanya ayah saya ini..masa tu aboh duduk di sofa bed sambil pegang kaki..aboh kata..hurmm...xtau la aboh ni sakit apa la pulak..x baik2..berdenyut2..ada sedikit kerisauan di hati saya saat mendengar butir bicara aboh itu..sepatutnya saya bawa aboh dan ashrof ke pusat rawatan islam al-hidayah hari ni..tapi disebabkan sibuk dengan urusan di pejabat..saya tangguhkan apoitment tersebut..tapi di pejabat hari ni..saya rasa tak sedap hati..lantas saya minta cuti drpd bos..alhamdulillah..bos bg saya cuti..hurmm..ramai rasanya yg belum tau pasal sakit aboh..biarlah saya simpan rapi semua cerita ni..mungkin satu hari nanti..saya akan upkan entry tentang itu di sini sebagai kenang-kenangan..Hari ini hari lahir aboh..aboh sendiri yang beli kek dan telefon anak cucu untuk berkumpul di rumah..Semoga tuna sentiasa memelihara kesihatan aboh..Amin..mohon rakan2 blogger doakan semoga tuhan sentiasa memelihara kesihatan aboh..tq..

Thursday, May 12, 2011

Umrah

Assalamualaikum

 

Lama saya tak update belog ni..bukan x mahu ataupun tidak ada cerita langsung..ada ceritanya..tapi masa terlalu mencemburui saya sehinggakan saya tidak punya masa utk bercerita di sini..alhamdulillah..hasrat aboh untuk menunaikan umrah tercapai APRIL lepas..aboh ke sana bersama dengan mama, aboh dan mok..2 minggu mereka di sana..saya sedikit risau pada mulanya kerana pada hari keberangkatan aboh..aboh demam sedikit..termometer anak saya saya pinjamkan pd aboh..bimbang takut demam aboh melarat di sana..hari pertama di sana sewaktu aboh menghubungi saya di sini..suara aboh dah lain..batuk-batuk barangkali..atau mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca di sana..pulang dr mengerjakan umrah..keempat2 mereka demam dan batuk-batuk..saya sedikit sedih melihat kelibat aboh tatkala menjejakkan kaki di balai ketibaan KLIA..wajah tua itu nampak terlalu uzur..seolah berjalan dalam kepayahan..penat barangkali..hampir 2 minggu kedua org tua saya batuk x ilang-ilang..alhamdulillah..tatkala saya mencoretkan sesuatu di sini..batuk aboh dan mama sudah pulih..alhamdulillah..tahun ni aboh nampak berbeza dr tahun lepas...mungkin sudah mula blaja menerima kenyataan atas apa yg berlaku..

Wednesday, December 29, 2010

29 Dis 2010

Saat manis..waktu ini aboh gemar berjogging di putrajaya..skrg aboh tak digalakkan untuk membuat senaman berat..dan skrg..aboh juga sudah tidak kuat untuk berjalan..

Pulang dari kerja..saya bersms dengan angah..kebetulan sepupu saya firdaus ada bercerita..katanya lepas aboh dukung syafiq smlm..belakang aboh sakit..perasaan risau mula bersarang dlm hati saya..saya sms pada angah bertanyakan khabar aboh kerana sewaktu pulang dr pejabat kelibat kereta aboh tiada di depan rumah..saya menjangkakan aboh dan mama masih berada di kedai..menurut angah..hari ni aboh ada bgtau satu badan aboh rasa mencucuk-cucuk..Ya Allah..kasihanilah tubuh tua itu ya Allah..sembuhkanlah penyakit dia dan kurangkanlah kesakitan yang terpaksa ditanggungnya Ya Allah..angah ada juga bgtau saya..katanya makin hari aboh makin nampak weak..saya tahu..kami harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan..cumanya..saya berharap..kemungkinan yang bakal terjadi itu bukan berlaku dalam masa terdekat..kerana saya tidak kuat..saya tak tabah..

Wednesday, December 22, 2010

22 Dis 2010

Pagi tadi sebelum ke pejabat saya singgah ke rumah mama untuk menghantar eishah..bukak je pintu..nampak aboh sedang duduk di atas kerusi sambil kaki di letakkan di dalam mesin di atas..mesin ni rasanya dah sebulan berada di rumah mama..semenjak kaki aboh kerap sakit..aboh membuat keputusan untuk membeli mesin urut utk di letakkan di rumah..nak urut dengan orang x berani..maklumla..tulang aboh rapuh..bimbang patah nanti..Semasa saya hantar eishah..aboh ada bertanyakan yusuf..tapi saya katakan yusuf dalam kereta..nak pi hantar rumah pengasuh..tiba di rumah pengasuh..pengasuh plak x bukak pintu lg..penyudahnya saya drop yusuf di rumah mama semula..seronok la aboh dpt main dengan yusuf..td suami ada bgtau saya..aboh hantar yusuf ke rumah pengasuh dengan menaiki motor.. :)