CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

29 Dis 2010

Saat manis..waktu ini aboh gemar berjogging di putrajaya..skrg aboh tak digalakkan untuk membuat senaman berat..dan skrg..aboh juga sudah tidak kuat untuk berjalan..

Pulang dari kerja..saya bersms dengan angah..kebetulan sepupu saya firdaus ada bercerita..katanya lepas aboh dukung syafiq smlm..belakang aboh sakit..perasaan risau mula bersarang dlm hati saya..saya sms pada angah bertanyakan khabar aboh kerana sewaktu pulang dr pejabat kelibat kereta aboh tiada di depan rumah..saya menjangkakan aboh dan mama masih berada di kedai..menurut angah..hari ni aboh ada bgtau satu badan aboh rasa mencucuk-cucuk..Ya Allah..kasihanilah tubuh tua itu ya Allah..sembuhkanlah penyakit dia dan kurangkanlah kesakitan yang terpaksa ditanggungnya Ya Allah..angah ada juga bgtau saya..katanya makin hari aboh makin nampak weak..saya tahu..kami harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan..cumanya..saya berharap..kemungkinan yang bakal terjadi itu bukan berlaku dalam masa terdekat..kerana saya tidak kuat..saya tak tabah..

Wednesday, December 22, 2010

22 Dis 2010

Pagi tadi sebelum ke pejabat saya singgah ke rumah mama untuk menghantar eishah..bukak je pintu..nampak aboh sedang duduk di atas kerusi sambil kaki di letakkan di dalam mesin di atas..mesin ni rasanya dah sebulan berada di rumah mama..semenjak kaki aboh kerap sakit..aboh membuat keputusan untuk membeli mesin urut utk di letakkan di rumah..nak urut dengan orang x berani..maklumla..tulang aboh rapuh..bimbang patah nanti..Semasa saya hantar eishah..aboh ada bertanyakan yusuf..tapi saya katakan yusuf dalam kereta..nak pi hantar rumah pengasuh..tiba di rumah pengasuh..pengasuh plak x bukak pintu lg..penyudahnya saya drop yusuf di rumah mama semula..seronok la aboh dpt main dengan yusuf..td suami ada bgtau saya..aboh hantar yusuf ke rumah pengasuh dengan menaiki motor.. :)

Sunday, December 19, 2010

19 Dis 2010

Hari ni seperti biasa..petang baru saya sampai di rumah mama..aboh nampak monyok..dan saya pun x sampai hati nak tanya kenapa..saya ke rumah along utk membawa anak-anak mandi di kolam renang..ketika berada di rumah along..saya sempat msg bertanya pd aboh kenapa aboh nampak monyok..dan jawapan yg saya dapat..lelah..aboh lelah la pulak hari ni..untuk pengetahuan semua aboh mmg ada lelah dah lama..lepas tu angah msg lagi..katanya mungkin aboh stress bila org kontrol makan dia..pagi td aboh cuma makan meehon dan dalam meehon cuma ada lobak merah sahaja..tengahri tu..aboh cuma makan nasik dan ikan..nak letak kicap..tapi dihalang oleh mama..sedih pulak saya bila baca msg tu..lantas saya membalas...saya akan beli nasik arab utk aboh utk mkn mlm ni..harap2 aboh berselera makan..setelah makan malam di rumah along..saya bergegas ke hentian kajang untk membeli nasi arab..tiba di rumah saya lihat aboh sedang bermain dengan syafiq..segera saya pelawa aboh makan sementara masih panas makanan tu..dan meminta diri utk pulang ke rumah..x lama saya terima sms dr angah sewaktu dlm perjalanan pulang ke bukit mahkota..katanya..aboh makan nasik arab dengan berselera skali..ALHAMDULILLAAAAAAAAHHHHHH....

Gambar dr google

Saturday, December 18, 2010

18 Dis 2010


Alhamdullilah..pagi ni dah dapat biji aprikot utk aboh..semalam saya berusaha sedaya upaya mencari biji aprikot utk aboh..dengan harapan..dengan memakan biji aprikot ni..penyakit aboh beransur pulih...di bawah saya sertakan beberapa maklumat berkenaan dengan khasiat biji aprikot bagi pesakit kanser..

Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh….masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot…
Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Kelebihan Vitamin B-17

· Merawat & membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah

SUMBER:WORLD WITHOUT CANCER

Sunday, December 12, 2010

12 Dis 2010



Petang ini, sewaktu membawa anak-anak menjamu selera di Mcd Nilai..saya mendapat panggilan daripada aboh..mama dan aboh nak dtg ke rumah..pantas saya makan dan segera pulang ke rumah..aboh nampak uzur..jalan pun dah x kuat..menurut kakak saya..kaki aboh makin menjadi-jadi sakitnya lately ni..risaunya hati..tapi saya terpaksa berlagak seperti biasa..senang leka melihat anak-anak bermain di luar..aboh menghampiri saya..kata aboh..kaki aboh sakit..aboh baca dlm internet..lama-lama boleh lumpuh..Ya Allah..tabahkanlah hatiku Ya Allah..saya membalas..mana aboh tau?menurut aboh..dr apa yang dibaca dr internet..lama-lama boleh lumpuh kerana spot tu ada di center badan..saya sendiri x faham kerana yang saya tau ada 10 spot..tapi  saya tatau di mana setiap spot tu berada..Tabah la wahai aboh kerana kami akan berusaha yang terbaik utk aboh..

Monday, November 29, 2010

29 Nov 2010

Pagi ini sepatutnya suami menemani aboh ke HUKM..kerana hari ni kemungkinan doktor akan menerangkan apa rawatan yang sesuai buat aboh..seawal pagi aboh dan mama sudah bergerak menuju ke HUKM..saya sedikit lega kerana aboh ke sana berteman..saya tak sampai hati membiarkan aboh ke sana seorang diri..kebetulan pagi ini, dipejabat ada perasmian majlis inovasi..semua staf perlu hadir..syukur kerana hati saya tergerak untuk membawa handset skali..sepanjang pagi saya berdebar-debar..saya mengharapkan perkhabaran baik dari mama dan aboh..dan akhirnya...lebih kurang pukul 10..saya menerima satu panggilan daripada aboh..panggilan yang di buat daripada hospital..jarang benar aboh nak hubungi saya dr hospital..selalunya aboh lebih gemar menelefon suami saya..di corong telefon..saya dengar suara aboh yang sangat tenang..kata aboh..doktor kata aboh dah stage 4..Ya Allah..saya rasa seakan mahu rebah..sehinggakan sepanjang berbicara dengan aboh saya terpaksa berpaut pd tiang..Ya Allah..beratnya ujianMU ya Allah...mata saya mula berkaca..saya mendegar setiap bait bicara aboh..sekali sekala saya bertanyakan soalan pd aboh..dan jawapan biasa yang saya berikan pada aboh hanyalah..x pe lah aboh..aboh rehatla banyak-banyak..jgn buat kerja berat dah skrg ni..menurut doktor..aboh tak boleh buat kerja berat dan senaman berat kerana bimbang tulang aboh patah dan tercucuk organ dalaman penting..selesai berbicara dengan aboh..tangan saya pantas mendail no angah..dan seperti yang saya jangka..angah terdiam kerana dia sendiri juga tidak menjangka penyakit aboh dah sampai advanced stage..begitu juga dengan along..dan terakhir skali..saya menelifon adik saya..menurut dia..mama kata semuanya ok..aboh ok..apa yang aboh sampaikan pada saya..saya sampaikan pd dia..dan hari ni..semua adik beradik saya menangis mengenangkan penyakit yg ada pd tubuh aboh..menangis la semahunya kerana selepas ini kami tidak mahu menangis lagi..kerana kami tidak mahu nampak lemah dan down di depan aboh dan mama..pulang dr pejabat..saya berlagak seperti tiada apa yg berlaku..muka mama nampak pucat..saya tahu..mama mahu menangis..tetapi semua itu terpaksa ditahan..mama banyak mengelak..barangkali dia mengharapkan tiada di antara kami akan bertanyakan tentang ini..dan hari ini..sepanjang pulang ke bukit mahkota..saya menangis semahunya dengan harapan selepas ini takkan ada lagi airmata yang akan tumpah dr mata ini...

Monday, October 18, 2010

18 Okt 2010

Hari ni saya terpaksa EL..semua kerana gara-gara anak yang tidak sehat..hari ini juga result bone scan aboh keluar..saya sedikit berdebar-debar..kebetulan en suami tiada..maka..aboh ke HUKM seorang diri..pulang dari klinik saya singgah di kedai mama..bertanyakan sama ada aboh ada call mama utk bgtau tentang result bone scan atau tidak..mama mcm cuba mengelak..sepatah saya tanya sepatah yang dijawab..bila saya tanya bone clear or not..maam cuma jawab..biasa laa...ada la sket-sket..saya sgt tidak berpuas hati dengan jawapan mama..tidak lama kemudian aboh pulang..saya langsung x bertanyakan apa-apa pada aboh..kerana saya tau..aboh sendiri akan bercerita nanti..maka saya dan kakak saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mama dahulu..tengahari itu..sewaktu saya, angah dan anak-anak bergolek atas toto di depan tv..saya terdengar bunyi enjin kereta aboh..saya tau aboh yang pulang ke rumah..mungkin pulang untuk makan tghari..kerana semenjak mok dtg..dapur mama selalu berasap dengan makanan yang enak-enak hasil air tangan mok..aboh terlebih dulu masuk ke bilik..tak lama kemudian..aboh duduk seperti duduk antara 2 sujud di depan saya dan angah..masa tu mok pun ada..mok duduk di sofa..sebelum bersuara saya nampak..lama aboh tarik nafas panjang seolah-seolah mengumpul kekuatan untuk memberitahu sesuatu..hati saya berdebar sangat..dengan nada sebak..aboh memulakan bicara..menurut aboh..hasil bone scan mendapati kanser aboh sudah pun merebak ke tulang..menurut doktor..terdapat 10 spot merata di tulang aboh..saya terdiam..tatau bagaimana reaksi muka saya tatkala itu..tapi di dalam hati saya sudah pun menangis..dalam nada sebak..sambil pandang mok..aboh cakap..aboh redho kalau ini yang tuhan dah tetapkan utk aboh..aboh pun dah usaha apa yang boleh..tapi..kalau nak mati pun..tunggu la bia anak-anak semua ok dulu...sampai skrg saya masih x dpt tangkap..apa maksud yang tersirat di sebalik apa yang aboh ckpkan tu..apa yang terkeluar dr mulut saya dan angah time tu hanyalah..sabar lah aboh..kite ikhtiar apa yg patut..zaman skrg banyak perubatan yang boleh digunakan..kita sama-sama ikhtiar..hanya itu yang mampu keluar dr mulut kami..dan bermula dr saat itu..hidup kami terus berubah..tidak seperti dulu..saya mudah menangis..setiapkali teringatkan aboh..hati saya jd sayu..tapi saya yakin..apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..dan apa yang tuhan dah aturkan pd aboh..itulah yang terbaik buat aboh..Ya Allah..berikanlah kekuatan buat aboh untuk melawan penyakit yang KAU turunkan ini..aminnn...

Monday, October 4, 2010

Bone Scan..

Maaf kerana saya sendiri tak pasti bila tarikh aboh buat bone scan..yg pastinya selepas hari raya..rasanya sekitar bulan 10..yg pastinya..saya tidak menemani aboh utk buat bone scan..hanya suami yg menemani aboh..sepanjang di pejabat saya sedikit resah..resah mengenangkan sama ada prosedur tersebut akan menyakitkan tubuh aboh atau tidak..suami kerap msg saya..skali skala dia bgtau..aboh masuk bilik persedian..dan yg terakhirnya..dia msg yg dia tidak boleh duduk rapat dengan aboh setelah bahan radioaktif disuntik ke tubuh aboh..jarak selamat ialah 2 meter..kata suami..setelah bahan radioaktif dimasukkan..aboh kerap ke bilik air..menurut jururawat di sana..perkara itu adalah biasa..kerana..lagi banyak air yg keluar dr badan..image tulang akan lebih jelas...alhamdulillah..hampir tengahri selesai segalanya..dan prosedur kali ini tidak menyakitkan tubuh aboh..terima kasih tuhan..rasanya keputusan akan diketahui sebulan atau 3 minggu lagi..apa pun..saya akan updatekan keputusannya di sini nanti..doakan kesihatan ayah saya semakin pulih...

Wednesday, July 7, 2010

7 Julai 2010

Hari ni suami menemani aboh ke HUKM...result ct scan akan diketahui hari ni..pd awalnya mahu saja saya ambil EL..saya tahu..aboh nak sgt saya temankan aboh..tapi apakan daya..tahun ni saya dah byk ambil EL..penyudahnya saya hanya menunggu khabar dr pejabat..alhamdulillah..syukur ya Allah..keputusan ct scan aboh menunjukkan tiada sel kanser yg merebak ke organ-organ dalaman yg lain..Ya Allah..leganya..syukur Ya Allh..bermula dari sini..saya mula berharap yg sakit aboh ini masih di peringkat awal..semoga apa yang saya jangkakan ini benar Ya Allah...

Thursday, May 27, 2010

27 Mei 2010

Hari ni saya mengambil cuti utk menemani aboh membuat ct scan di HUKM..sesampai di rumah mama..apa yg saya nampak..bawah mata aboh lebam..saya tahu..aboh pasti tidak dpt melelapkan mata smlm..mungkin aboh terfikir..barangkali prosedur kali ini lebih sakit dr sebelum ni..harap-harapnya tidak..kerana saya sendiri juga tidak sempat utk melihat drpad internet bagaimana prosedur ct scan..seperti biasa..kami tiba awal di hukm..jauh kami perlu berjalan..akhirnya kami sampai di satu kaunter...di situ aboh disuruh minum air contrast setiap jam sebanyak 3x..air tu nampak seperti air oren..tapi menurut aboh..rasanya x sedap..sementara menunggu..saya dan suami kelaur utk bersarapan..sekembalinya kami..aboh sudah pun minum 2 gelas..tinggal 1 gelas yg terakhir lagi..tidak lama kemudian..aboh dipanggil masuk ke bilik persediaan..keluar dr bilik tersebut..muka aboh nampak pucat seakan-akan menahan kesakitan..Ya Allah..tabahkanlah hati aboh ya Allah..sedih saya lihat aboh tatkala itu..tapi saya cuba kawal perasaan..kawal airmata supaya tidak jatuh..jururawat masukkan jarum drip di lengan aboh..saat itu saya mmg x sanggup nak tgk aboh kerana muka aboh nampak benar-benar give up..mungkin tak tertanggung sakit dek jarum drip di lengan..tidak lama kemudian nama aboh di panggil lagi utk masuk di satu bilik persalinan..tiba-tiba saya terdengar suara memanggil nama saya..aboh rupanya..aboh minta saya pegangkan wallet..jam..dan tolong ikatkan tali di belakang baju..selesai..aboh segera di panggil masuk ke dalam..lama juga saya menunggu di luar...akhirnya aboh keluar..selesai semua..kami terus bergerak keluar dr hukm..sepanjang berjalan..aboh bercerita..kata aboh..duduk di dalam mesin tersebut..aboh rasakan seolah duduk di dalam keranda..dan aboh ada juga menyuarakan kebimbangan hatinya ukt bone scan akan dtg..harapnya prosedur bone scan tidak menyakitkan aboh..

Monday, May 17, 2010

17 Mei 2010

Hari ini saya sepatutnya menemani aboh ke HUKM untuk injection hormon..disebabkan kebodohan saya..saya bangun lambat..penyudahnya aboh ke hopsital seorang diri..di pejabat saya menerima kiriman sms dr suami..katanya injection tu benar-benar menyakitkan..menurut aboh..jarum injection tu sebesar jarum menjahit guni..kesian aboh..maaf aboh kerana membiarkan aboh ke hospital seorang diri..aboh terpaksa mengambil injection hormon setiap 3 bulan sekali bagi mengawal kandungan hormon dalam badan aboh..Peneranga lanjut mengenai suntikan hormon tersebut adalah seperti di bawah..

Terapi Hormon

Sel-sel kanser prostat memerlukan testosteron untuk terus hidup dan membiak. Tujuan rawatan hormon adalah untuk mengurangkan tahap testosteron yang dikeluarkan oleh testis. Testosteron membantu pembiakan sel kanser prostat.

Tidak semua sel-sel prostat bergantung pada testosteron. Dalam kes ini, rawatan hormon tidak memberikan kesan. Oleh yang demikian, rawatan hormon bukan sesuatu langkah yang sempurna untuk merawat kanser prostat, tetapi ia merupakan satu langkah penting dalam rawatan kanser prostat yang sudah teruk.

Wednesday, May 5, 2010

5 Mei 2010

Saya sendiri tak pasti bila tarikh sebenar result biopsi aboh keluar..yang pastinya pd masa tu saya sedang menduduki ujian PTK..sedikit terganggu emosi saya tatkala itu menyebabkan saya gagal satu paper..pasti ramai yg nak tau keputusan biopsi aboh..hari keputusan biopsi aboh keluar..sepatutnya suami menemani aboh ke hukm..dan seperti biasa..setibanya kali di rumah mama..aboh sudah pun pergi..saya dah agak..aboh mmg tanak sesiapa menemaninya..dan keputusannya..daripada 7 sampel yang diambil..6 sampel tersebut positif aboh menghidap kanser prostat..Ya Allah..beratnya ujian yang KAU turunkan ya Allah..walaubagaimanapun aku pasrah Ya Allah..kerana aku yakin..setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...bermula dari hari ini..aboh akan mula makan ubat prostat..dan setiap 3 bulan aboh perlu mengambil suntikan hormon di HUKM...Di saat-saat ini..saya lihat aboh seakan berada dalam keadaan antara mahu menerima kenyataan atau tidak dan seboleh-bolehnya aboh mahu mengelak..begitu juga saya...Apa pun..semua ini kenyataan..kami sekeluarga perlu tabah utk menghadapinya bersama...

Monday, April 19, 2010

19 April 2010

Alhamdulillah..menurut aboh..luka aboh dah baik dan darah pun dah berhenti..alhamdulillah..syukur padamu Ya Allah..

Saturday, April 17, 2010

17 April 2010

Kebiasaannya pada hari minggu saya akan tolong mama di kedai..sedang saya duduk di belakang saya nampak aboh seakan resah..dan menurut aboh..darah masih keluar..rasanya hari tu mama ada bgtau...selepas biopsi..darah akan keluar banyak lebih kurang 3 hari..saya tatau nak buat apa..nak suruh aboh gi hospital..boleh ke?penyudahnya sewaktu saya di rumah aboh..saya nampak kelibat aboh masuk ke dalam rumah..di tangan aboh ada satu beg plastik..saya tanya aboh..aboh beli apa tu..aboh jawab..beli gamat healin..Ya Allah..betapa bodohnya saya..saya langsung x ingat untuk belikan aboh gamat..saya langsung x ingat sewaktu lepas bersalin dulu saya ada makan gamat utk pulihkan luka dalaman..Ya Allah..mcm mana saya boleh lupa..harap-harap..lepas makan gamat ni luka aboh makin sembuh..

Tuesday, April 13, 2010

13 April 2010

Lepas drpd appointment hukm beberapa bulan lepas..hari ni tibalah masanya hari utk aboh buat biopsy di hukm..skali lg saya ambil EL utk menemani aboh ke hospital..wajah aboh sedikit pucat, kusam dan seolah-olah tidak cukup tidur..saya tahu..aboh mesti risau memikirkan prosedur apa yg bakal aboh lalui..kami tiba awal di hukm..setiap kali ke hospital..automatically saya akan jadi lembik..nak jalan pun rasa lemah..saya tak ingat kami naik ke tingkat berapa..tapi yg pastinya kami masuk ke dalam satu bilik persediaan..di dalam telah disediakan satu jadual waktu bila pesakit akan di operasi..nama aboh ada di barisan terakhir..saya biarkan aboh di dalam sementara saya dan suami kelaur untuk sarapan dan membeli makanan untuk aboh..selesai sarapan..kami tunggu di luar..Ya Allah..berdebar-debar sungguh hati saya..skali skala pintu terkuak tapi saya tak nampak kelibat aboh..dan skali skala kedengaran jururawat membuat pengumuman..waris kepada bla bla bla..sila masuk..Ya allah..debaran di dada saya semakin kuat...hampir tengahri kami menunggu aboh..akhirnya saya nampak aboh keluar dr bilik tersebut..pucat..seolah-olah menahan kesakitan..aboh langsung tak duduk..malah aboh cuma mundar mandir di hadapan kami..aboh kata..sakit..x bius pun..doktor ambik 7 sampel..dan setiap kali sample di ambil..terangkat kaki aboh menahan kesakitan..ya Allah..kesiannya..kerana tubuh tua itu yang terpaksa menanggung segala kesakitan itu..selesai semua...kami beredar dr hopsital..semua memandu pulang dan hantar aboh ke kedai mama..sementara kami berdua ke kedai makan utk makan tghari..dan mlm itu saya masih lg tidur di rumah mama...

Thursday, February 25, 2010

Selamat Ulangtahun kelahiran yg ke 65 Aboh

Assalamualaikum

Sepatutnya kami adik beradik sepakat nak mengadakan majlis makan-makan utk aboh time besday aboh ari tu..tp memandang tiba-tiba anak saya yusuf kena warded akibat demam denggi..majlis tu terpaksa kami tangguhkan..akhirnya..kami adik beradik sepakat meraikan belated aboh pd 2 minggu lepas..saya pun dah x ingat tarikh..tp yg pastinya hari sabtu..menunye..ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, ayam n kambing bakar..YES!kami buat bbq..hihihhi..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..aboh pun x der la lelah mcm kali pertama kami buat bbq dulu..dalam majlis tu..saya minta tolong hubby bacakan sedikit doa utk aboh memandangkan hari selasa tu aboh kena buat biopsy..apa pun..saya gembira sbb aboh nampak gembira dpt berkumpul dengan anak cucu walaupun muka aboh kelihatan sedikit penat..

http://4.bp.blogspot.com/_WAZDqdQ8Yxo/S8vjcx_XLfI/AAAAAAAAQSw/wGOcUu_Bp1s/s1600/IMG_6840.JPG

 

 http://1.bp.blogspot.com/_WAZDqdQ8Yxo/S8vjbOoz8EI/AAAAAAAAQSQ/4S4KDI6Xt5c/s320/IMG_6836.JPG

http://2.bp.blogspot.com/_WAZDqdQ8Yxo/S8vjb2ipqDI/AAAAAAAAQSg/YCOSh8Kpy34/s1600/IMG_6838.JPG

 http://2.bp.blogspot.com/_WAZDqdQ8Yxo/S8vjbpzaLRI/AAAAAAAAQSY/Ba-xa2nwemo/s1600/IMG_6837.JPG

 Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 65 Aboh..Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk Aboh..

Monday, February 8, 2010

8 Feb 2010

Hari ni kebetulan aboh ada appointment di HUKM..kata aboh..dia nak hukm rekodkan skali mild strok baru-baru ni..saya sangkakan semuanya akan bertambah baik..tapi rupanya tidak..sesungguhnya kami benar-benar diuji..rupanya perasaan lega hanya mampu bertahan sebentar sahaja..pulang dari HUKM..aboh sedikit sugul..tapi cuba bercerita dalam nada berjenaka..menurut aboh..kandungan psa dalam darah aboh tinggi..itu yang doktor kata..dan doktor mencadangkan aboh membuat biopsi kerana doktor menjangkakan yang aboh menghidap kanser prostat..menurut aboh..aboh ada juga bertanyakan boleh tak sekiranya aboh x buat biopsy..tapi apa yang doktor tu jawab ialah..sekiranya aboh x buat biopsy..dia estimate life span aboh cuma 5 thn..sangat hampeh punya doktor..doktor bukan tuhan..ajal maut semua di tangan tuhan..saya sedih dan sedikit kecewa mendengar berita itu..dan bermula dari hari ni..kehidupan kami sekeluarga turut berubah..saya banyak menangis..risau..begitu juga adik beradik yang lain..ya allah..tabahkan hatiku untuk menempuh semua ujian yang KAU turunkan ini Ya ALLAH...

Sunday, February 7, 2010

7 Feb 2010

Hari ni hari terakhir aboh berurut..alhamdulilah selepas urut semalam aboh nampak ok..seperti biasa suami saya temankan aboh ke sana..saya ada juga bertanyakan aboh sama ada rasa kebas aboh sedikit berkurangan atau tidak..menurut aboh..ada sedikit perubahan..alhamdulillah..harap-harap kebas tu makin hilang..

Saturday, February 6, 2010

6 Feb 2010

Sepatutnya semalam aboh berurut lagi..tapi aboh nampak seakan-akan cuba melarikan diri utk diurut..saya sedikit frust..kerana saya nakkan yang terbaik utk aboh..tapi x pe la..mungkin aboh ada alasan tersendiri..tau la saya skrg kenapa aboh tanak berurut smlm..kata aboh..wak tu urut terlalu kuat..sakit..ada kesan lebam2 di badan aboh..saya cuba menyedapkan hati aboh..mungkin pertama kali..lepas ni mungkin urat semua dah lembut..dan x kan rasa sakit seperti mula2 urut dulu..hari ni aboh berurut buat kali kedua..suami saya temankan aboh ke sana..harap-harap rasa kebas aboh semakin hilang..

Thursday, February 4, 2010

4 Feb 2010

Selepas aboh discharge dr hopsital..saya banyak membaca sumber dari internet berkenaan dengan mild stroke..aboh masih lagi rasa kebas..ubat cair darah cuma diberi semasa di hospital..barangkali ubat itu tidak elok jika dimakan terlalu banyak..akhirnya..setelah puas bertanyakan pada kawan-kawan..dapat juga saya mencari tempat utk aboh berurut..tapi sedikit jauh..x pe la..janji kebas aboh dapat hilang..lewat malam suami menemani aboh ke sana..sepanjang aboh tidak sehat..saya berkampung di rumah mama..saya akan update lagi tentang aboh selepas berurut..

Tuesday, February 2, 2010

2 Feb 2010

Hari ini saya masih bercuti..seawal pagi saya sudah bergerak ke hospital bersama suami..saya menjangkakan aboh akan discharge hari ni..sesampai kami di sana..kesian aboh..dia nampak bosan..ke sana ke mari..sampaikan dah tatau nak duduk mcm mana..saya cuba berborak dengan aboh..dengan harapan dapat menghilangkan rasa bosan aboh..lama kami terpaksa menunggu..sepatutnya aboh dah boleh discharge..tapi kami terpaksa menunggu pengesahan ntah berapa org doktor..lepas sorang sorang yg datang..selepas diperiksa dan dibekalkan ubat..barula boleh discharge..kami tiba di rumah petang..hampir pukul 3..cucu aboh melompat girang..rindu pada aboh barangkali kerana aboh gemar bermain dan melayan cucu-cucunya..dalam masa terdekat ini..mungkin kami akan bawa aboh berurut untuk melancarkan lagi perjalanan darah aboh..harap-harap semuanya akan pulih seperti sedia kala..

Monday, February 1, 2010

1 Feb 2010

Hari kedua aboh di hopsital..saya mengambil cuti segera..saya tahu aboh bosan terpaksa menghabiskan masa di hopsital..seharian saya dan suami menemani aboh..walaupun fizikal aboh nampak sihat..tapi..sebagai langkah berjaga-jaga..adalah elok sekiranya rawatan susulan di buat..aboh diberi ubat untuk mencairkan darah..hasil keputusan CT SCAN..kami diberitahu kemungkinan terdapat pendarah kecil di otak aboh..disebabkan itulah aboh rasa kebas sebelah badan..namun begitu..ada 2 kemungkinan yang doktor berikan..sama ada slowly akan worst..or take time utk kembali pulih seperti biasa..doktor klasifikasikan sebagai mild stroke..tapi saya sedikit lega kerana aboh nampak sehat..boleh berjalan seperti biasa..cuma rasa kebas tu menyebabkan aboh kurang selesa..rasa seperti bercakap dengan bibir yang tebal..malam itu aboh terpaksa bermalam di hospital lagi..

Sunday, January 31, 2010

31 Januari 2010

Semuanya bermula dari tarikh ini..saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama...nada suara mama seakan-akan mahu menangis..saya makin tidak keruan..terdiam saya tatkala mama memberitahu aboh rasa kebas sebelah badan..menurut mama..ketika itu aboh di pejabat menyelesaikan kerja yang masih belum selesai..sedang membuat kerja..tiba-tiba aboh rasa mulut dan badan sebelah kanan kebas..cepat-cepat aboh terus off komputer dan pulang ke rumah..selesai mendengar penjelasan mama..saya terus menelefon adik beradik yang lain dan bergegas pulang ke rumah..sesampai saya di rumah mama..aboh masih di klinik swasta..tidak lama selepas itu aboh pulang..bersama dengan surat rujukan yang diberikan oleh klinik swasta tersebut..aboh di rujuk ke Hospital Putrajaya..saya dan suami turut serta menemani aboh ke Putrajaya..lama kami menunggu..akhirnya aboh dimasukkan ke wad utk pemantauan..CT SCAN dilakukan bg mengenalpasti sama ada terdapat kecederaan pada otak aboh..malam itu..mama nampak resah..suami saya mintak kebenaran aboh utk temankan aboh di hopsital..tetapi ditolak oleh aboh kerana baginya dia tidak sakit..malam itu..saya kembali lagi ke hopsital dengan segala barang keperluan aboh..apa yang dapat saya buat tatkala itu hanyalah memujuk aboh..saya katakan aboh terlalu kuat bekerja..inilah masa paling sesuai utk aboh berehat..mlm itu saya pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan bimbang..begitu juga mama..saya tahu mama risau walapun mama cuba tunjuk kuat di depan kami adik beradik..saya nampak ada airmata yang cuba mama tahan..sabarlah maaa..insyaAllah..semua akan ok...