Hari ini saya masih bercuti..seawal pagi saya sudah bergerak ke hospital bersama suami..saya menjangkakan aboh akan discharge hari ni..sesampai kami di sana..kesian aboh..dia nampak bosan..ke sana ke mari..sampaikan dah tatau nak duduk mcm mana..saya cuba berborak dengan aboh..dengan harapan dapat menghilangkan rasa bosan aboh..lama kami terpaksa menunggu..sepatutnya aboh dah boleh discharge..tapi kami terpaksa menunggu pengesahan ntah berapa org doktor..lepas sorang sorang yg datang..selepas diperiksa dan dibekalkan ubat..barula boleh discharge..kami tiba di rumah petang..hampir pukul 3..cucu aboh melompat girang..rindu pada aboh barangkali kerana aboh gemar bermain dan melayan cucu-cucunya..dalam masa terdekat ini..mungkin kami akan bawa aboh berurut untuk melancarkan lagi perjalanan darah aboh..harap-harap semuanya akan pulih seperti sedia kala..
SDS Bandar Seri Putra
2 years ago

0 comments:
Post a Comment