CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 29, 2010

29 Nov 2010

Pagi ini sepatutnya suami menemani aboh ke HUKM..kerana hari ni kemungkinan doktor akan menerangkan apa rawatan yang sesuai buat aboh..seawal pagi aboh dan mama sudah bergerak menuju ke HUKM..saya sedikit lega kerana aboh ke sana berteman..saya tak sampai hati membiarkan aboh ke sana seorang diri..kebetulan pagi ini, dipejabat ada perasmian majlis inovasi..semua staf perlu hadir..syukur kerana hati saya tergerak untuk membawa handset skali..sepanjang pagi saya berdebar-debar..saya mengharapkan perkhabaran baik dari mama dan aboh..dan akhirnya...lebih kurang pukul 10..saya menerima satu panggilan daripada aboh..panggilan yang di buat daripada hospital..jarang benar aboh nak hubungi saya dr hospital..selalunya aboh lebih gemar menelefon suami saya..di corong telefon..saya dengar suara aboh yang sangat tenang..kata aboh..doktor kata aboh dah stage 4..Ya Allah..saya rasa seakan mahu rebah..sehinggakan sepanjang berbicara dengan aboh saya terpaksa berpaut pd tiang..Ya Allah..beratnya ujianMU ya Allah...mata saya mula berkaca..saya mendegar setiap bait bicara aboh..sekali sekala saya bertanyakan soalan pd aboh..dan jawapan biasa yang saya berikan pada aboh hanyalah..x pe lah aboh..aboh rehatla banyak-banyak..jgn buat kerja berat dah skrg ni..menurut doktor..aboh tak boleh buat kerja berat dan senaman berat kerana bimbang tulang aboh patah dan tercucuk organ dalaman penting..selesai berbicara dengan aboh..tangan saya pantas mendail no angah..dan seperti yang saya jangka..angah terdiam kerana dia sendiri juga tidak menjangka penyakit aboh dah sampai advanced stage..begitu juga dengan along..dan terakhir skali..saya menelifon adik saya..menurut dia..mama kata semuanya ok..aboh ok..apa yang aboh sampaikan pada saya..saya sampaikan pd dia..dan hari ni..semua adik beradik saya menangis mengenangkan penyakit yg ada pd tubuh aboh..menangis la semahunya kerana selepas ini kami tidak mahu menangis lagi..kerana kami tidak mahu nampak lemah dan down di depan aboh dan mama..pulang dr pejabat..saya berlagak seperti tiada apa yg berlaku..muka mama nampak pucat..saya tahu..mama mahu menangis..tetapi semua itu terpaksa ditahan..mama banyak mengelak..barangkali dia mengharapkan tiada di antara kami akan bertanyakan tentang ini..dan hari ini..sepanjang pulang ke bukit mahkota..saya menangis semahunya dengan harapan selepas ini takkan ada lagi airmata yang akan tumpah dr mata ini...