CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 27, 2010

27 Mei 2010

Hari ni saya mengambil cuti utk menemani aboh membuat ct scan di HUKM..sesampai di rumah mama..apa yg saya nampak..bawah mata aboh lebam..saya tahu..aboh pasti tidak dpt melelapkan mata smlm..mungkin aboh terfikir..barangkali prosedur kali ini lebih sakit dr sebelum ni..harap-harapnya tidak..kerana saya sendiri juga tidak sempat utk melihat drpad internet bagaimana prosedur ct scan..seperti biasa..kami tiba awal di hukm..jauh kami perlu berjalan..akhirnya kami sampai di satu kaunter...di situ aboh disuruh minum air contrast setiap jam sebanyak 3x..air tu nampak seperti air oren..tapi menurut aboh..rasanya x sedap..sementara menunggu..saya dan suami kelaur utk bersarapan..sekembalinya kami..aboh sudah pun minum 2 gelas..tinggal 1 gelas yg terakhir lagi..tidak lama kemudian..aboh dipanggil masuk ke bilik persediaan..keluar dr bilik tersebut..muka aboh nampak pucat seakan-akan menahan kesakitan..Ya Allah..tabahkanlah hati aboh ya Allah..sedih saya lihat aboh tatkala itu..tapi saya cuba kawal perasaan..kawal airmata supaya tidak jatuh..jururawat masukkan jarum drip di lengan aboh..saat itu saya mmg x sanggup nak tgk aboh kerana muka aboh nampak benar-benar give up..mungkin tak tertanggung sakit dek jarum drip di lengan..tidak lama kemudian nama aboh di panggil lagi utk masuk di satu bilik persalinan..tiba-tiba saya terdengar suara memanggil nama saya..aboh rupanya..aboh minta saya pegangkan wallet..jam..dan tolong ikatkan tali di belakang baju..selesai..aboh segera di panggil masuk ke dalam..lama juga saya menunggu di luar...akhirnya aboh keluar..selesai semua..kami terus bergerak keluar dr hukm..sepanjang berjalan..aboh bercerita..kata aboh..duduk di dalam mesin tersebut..aboh rasakan seolah duduk di dalam keranda..dan aboh ada juga menyuarakan kebimbangan hatinya ukt bone scan akan dtg..harapnya prosedur bone scan tidak menyakitkan aboh..

Monday, May 17, 2010

17 Mei 2010

Hari ini saya sepatutnya menemani aboh ke HUKM untuk injection hormon..disebabkan kebodohan saya..saya bangun lambat..penyudahnya aboh ke hopsital seorang diri..di pejabat saya menerima kiriman sms dr suami..katanya injection tu benar-benar menyakitkan..menurut aboh..jarum injection tu sebesar jarum menjahit guni..kesian aboh..maaf aboh kerana membiarkan aboh ke hospital seorang diri..aboh terpaksa mengambil injection hormon setiap 3 bulan sekali bagi mengawal kandungan hormon dalam badan aboh..Peneranga lanjut mengenai suntikan hormon tersebut adalah seperti di bawah..

Terapi Hormon

Sel-sel kanser prostat memerlukan testosteron untuk terus hidup dan membiak. Tujuan rawatan hormon adalah untuk mengurangkan tahap testosteron yang dikeluarkan oleh testis. Testosteron membantu pembiakan sel kanser prostat.

Tidak semua sel-sel prostat bergantung pada testosteron. Dalam kes ini, rawatan hormon tidak memberikan kesan. Oleh yang demikian, rawatan hormon bukan sesuatu langkah yang sempurna untuk merawat kanser prostat, tetapi ia merupakan satu langkah penting dalam rawatan kanser prostat yang sudah teruk.

Wednesday, May 5, 2010

5 Mei 2010

Saya sendiri tak pasti bila tarikh sebenar result biopsi aboh keluar..yang pastinya pd masa tu saya sedang menduduki ujian PTK..sedikit terganggu emosi saya tatkala itu menyebabkan saya gagal satu paper..pasti ramai yg nak tau keputusan biopsi aboh..hari keputusan biopsi aboh keluar..sepatutnya suami menemani aboh ke hukm..dan seperti biasa..setibanya kali di rumah mama..aboh sudah pun pergi..saya dah agak..aboh mmg tanak sesiapa menemaninya..dan keputusannya..daripada 7 sampel yang diambil..6 sampel tersebut positif aboh menghidap kanser prostat..Ya Allah..beratnya ujian yang KAU turunkan ya Allah..walaubagaimanapun aku pasrah Ya Allah..kerana aku yakin..setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...bermula dari hari ini..aboh akan mula makan ubat prostat..dan setiap 3 bulan aboh perlu mengambil suntikan hormon di HUKM...Di saat-saat ini..saya lihat aboh seakan berada dalam keadaan antara mahu menerima kenyataan atau tidak dan seboleh-bolehnya aboh mahu mengelak..begitu juga saya...Apa pun..semua ini kenyataan..kami sekeluarga perlu tabah utk menghadapinya bersama...