CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 17, 2010

17 Mei 2010

Hari ini saya sepatutnya menemani aboh ke HUKM untuk injection hormon..disebabkan kebodohan saya..saya bangun lambat..penyudahnya aboh ke hopsital seorang diri..di pejabat saya menerima kiriman sms dr suami..katanya injection tu benar-benar menyakitkan..menurut aboh..jarum injection tu sebesar jarum menjahit guni..kesian aboh..maaf aboh kerana membiarkan aboh ke hospital seorang diri..aboh terpaksa mengambil injection hormon setiap 3 bulan sekali bagi mengawal kandungan hormon dalam badan aboh..Peneranga lanjut mengenai suntikan hormon tersebut adalah seperti di bawah..

Terapi Hormon

Sel-sel kanser prostat memerlukan testosteron untuk terus hidup dan membiak. Tujuan rawatan hormon adalah untuk mengurangkan tahap testosteron yang dikeluarkan oleh testis. Testosteron membantu pembiakan sel kanser prostat.

Tidak semua sel-sel prostat bergantung pada testosteron. Dalam kes ini, rawatan hormon tidak memberikan kesan. Oleh yang demikian, rawatan hormon bukan sesuatu langkah yang sempurna untuk merawat kanser prostat, tetapi ia merupakan satu langkah penting dalam rawatan kanser prostat yang sudah teruk.

0 comments:

Post a Comment