CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 25, 2010

Selamat Ulangtahun kelahiran yg ke 65 Aboh

Assalamualaikum

Sepatutnya kami adik beradik sepakat nak mengadakan majlis makan-makan utk aboh time besday aboh ari tu..tp memandang tiba-tiba anak saya yusuf kena warded akibat demam denggi..majlis tu terpaksa kami tangguhkan..akhirnya..kami adik beradik sepakat meraikan belated aboh pd 2 minggu lepas..saya pun dah x ingat tarikh..tp yg pastinya hari sabtu..menunye..ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, ayam n kambing bakar..YES!kami buat bbq..hihihhi..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..aboh pun x der la lelah mcm kali pertama kami buat bbq dulu..dalam majlis tu..saya minta tolong hubby bacakan sedikit doa utk aboh memandangkan hari selasa tu aboh kena buat biopsy..apa pun..saya gembira sbb aboh nampak gembira dpt berkumpul dengan anak cucu walaupun muka aboh kelihatan sedikit penat..

http://4.bp.blogspot.com/_WAZDqdQ8Yxo/S8vjcx_XLfI/AAAAAAAAQSw/wGOcUu_Bp1s/s1600/IMG_6840.JPG

 

 http://1.bp.blogspot.com/_WAZDqdQ8Yxo/S8vjbOoz8EI/AAAAAAAAQSQ/4S4KDI6Xt5c/s320/IMG_6836.JPG

http://2.bp.blogspot.com/_WAZDqdQ8Yxo/S8vjb2ipqDI/AAAAAAAAQSg/YCOSh8Kpy34/s1600/IMG_6838.JPG

 http://2.bp.blogspot.com/_WAZDqdQ8Yxo/S8vjbpzaLRI/AAAAAAAAQSY/Ba-xa2nwemo/s1600/IMG_6837.JPG

 Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 65 Aboh..Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk Aboh..

Monday, February 8, 2010

8 Feb 2010

Hari ni kebetulan aboh ada appointment di HUKM..kata aboh..dia nak hukm rekodkan skali mild strok baru-baru ni..saya sangkakan semuanya akan bertambah baik..tapi rupanya tidak..sesungguhnya kami benar-benar diuji..rupanya perasaan lega hanya mampu bertahan sebentar sahaja..pulang dari HUKM..aboh sedikit sugul..tapi cuba bercerita dalam nada berjenaka..menurut aboh..kandungan psa dalam darah aboh tinggi..itu yang doktor kata..dan doktor mencadangkan aboh membuat biopsi kerana doktor menjangkakan yang aboh menghidap kanser prostat..menurut aboh..aboh ada juga bertanyakan boleh tak sekiranya aboh x buat biopsy..tapi apa yang doktor tu jawab ialah..sekiranya aboh x buat biopsy..dia estimate life span aboh cuma 5 thn..sangat hampeh punya doktor..doktor bukan tuhan..ajal maut semua di tangan tuhan..saya sedih dan sedikit kecewa mendengar berita itu..dan bermula dari hari ni..kehidupan kami sekeluarga turut berubah..saya banyak menangis..risau..begitu juga adik beradik yang lain..ya allah..tabahkan hatiku untuk menempuh semua ujian yang KAU turunkan ini Ya ALLAH...

Sunday, February 7, 2010

7 Feb 2010

Hari ni hari terakhir aboh berurut..alhamdulilah selepas urut semalam aboh nampak ok..seperti biasa suami saya temankan aboh ke sana..saya ada juga bertanyakan aboh sama ada rasa kebas aboh sedikit berkurangan atau tidak..menurut aboh..ada sedikit perubahan..alhamdulillah..harap-harap kebas tu makin hilang..

Saturday, February 6, 2010

6 Feb 2010

Sepatutnya semalam aboh berurut lagi..tapi aboh nampak seakan-akan cuba melarikan diri utk diurut..saya sedikit frust..kerana saya nakkan yang terbaik utk aboh..tapi x pe la..mungkin aboh ada alasan tersendiri..tau la saya skrg kenapa aboh tanak berurut smlm..kata aboh..wak tu urut terlalu kuat..sakit..ada kesan lebam2 di badan aboh..saya cuba menyedapkan hati aboh..mungkin pertama kali..lepas ni mungkin urat semua dah lembut..dan x kan rasa sakit seperti mula2 urut dulu..hari ni aboh berurut buat kali kedua..suami saya temankan aboh ke sana..harap-harap rasa kebas aboh semakin hilang..

Thursday, February 4, 2010

4 Feb 2010

Selepas aboh discharge dr hopsital..saya banyak membaca sumber dari internet berkenaan dengan mild stroke..aboh masih lagi rasa kebas..ubat cair darah cuma diberi semasa di hospital..barangkali ubat itu tidak elok jika dimakan terlalu banyak..akhirnya..setelah puas bertanyakan pada kawan-kawan..dapat juga saya mencari tempat utk aboh berurut..tapi sedikit jauh..x pe la..janji kebas aboh dapat hilang..lewat malam suami menemani aboh ke sana..sepanjang aboh tidak sehat..saya berkampung di rumah mama..saya akan update lagi tentang aboh selepas berurut..

Tuesday, February 2, 2010

2 Feb 2010

Hari ini saya masih bercuti..seawal pagi saya sudah bergerak ke hospital bersama suami..saya menjangkakan aboh akan discharge hari ni..sesampai kami di sana..kesian aboh..dia nampak bosan..ke sana ke mari..sampaikan dah tatau nak duduk mcm mana..saya cuba berborak dengan aboh..dengan harapan dapat menghilangkan rasa bosan aboh..lama kami terpaksa menunggu..sepatutnya aboh dah boleh discharge..tapi kami terpaksa menunggu pengesahan ntah berapa org doktor..lepas sorang sorang yg datang..selepas diperiksa dan dibekalkan ubat..barula boleh discharge..kami tiba di rumah petang..hampir pukul 3..cucu aboh melompat girang..rindu pada aboh barangkali kerana aboh gemar bermain dan melayan cucu-cucunya..dalam masa terdekat ini..mungkin kami akan bawa aboh berurut untuk melancarkan lagi perjalanan darah aboh..harap-harap semuanya akan pulih seperti sedia kala..

Monday, February 1, 2010

1 Feb 2010

Hari kedua aboh di hopsital..saya mengambil cuti segera..saya tahu aboh bosan terpaksa menghabiskan masa di hopsital..seharian saya dan suami menemani aboh..walaupun fizikal aboh nampak sihat..tapi..sebagai langkah berjaga-jaga..adalah elok sekiranya rawatan susulan di buat..aboh diberi ubat untuk mencairkan darah..hasil keputusan CT SCAN..kami diberitahu kemungkinan terdapat pendarah kecil di otak aboh..disebabkan itulah aboh rasa kebas sebelah badan..namun begitu..ada 2 kemungkinan yang doktor berikan..sama ada slowly akan worst..or take time utk kembali pulih seperti biasa..doktor klasifikasikan sebagai mild stroke..tapi saya sedikit lega kerana aboh nampak sehat..boleh berjalan seperti biasa..cuma rasa kebas tu menyebabkan aboh kurang selesa..rasa seperti bercakap dengan bibir yang tebal..malam itu aboh terpaksa bermalam di hospital lagi..