CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

29 Dis 2010

Saat manis..waktu ini aboh gemar berjogging di putrajaya..skrg aboh tak digalakkan untuk membuat senaman berat..dan skrg..aboh juga sudah tidak kuat untuk berjalan..

Pulang dari kerja..saya bersms dengan angah..kebetulan sepupu saya firdaus ada bercerita..katanya lepas aboh dukung syafiq smlm..belakang aboh sakit..perasaan risau mula bersarang dlm hati saya..saya sms pada angah bertanyakan khabar aboh kerana sewaktu pulang dr pejabat kelibat kereta aboh tiada di depan rumah..saya menjangkakan aboh dan mama masih berada di kedai..menurut angah..hari ni aboh ada bgtau satu badan aboh rasa mencucuk-cucuk..Ya Allah..kasihanilah tubuh tua itu ya Allah..sembuhkanlah penyakit dia dan kurangkanlah kesakitan yang terpaksa ditanggungnya Ya Allah..angah ada juga bgtau saya..katanya makin hari aboh makin nampak weak..saya tahu..kami harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan..cumanya..saya berharap..kemungkinan yang bakal terjadi itu bukan berlaku dalam masa terdekat..kerana saya tidak kuat..saya tak tabah..

Wednesday, December 22, 2010

22 Dis 2010

Pagi tadi sebelum ke pejabat saya singgah ke rumah mama untuk menghantar eishah..bukak je pintu..nampak aboh sedang duduk di atas kerusi sambil kaki di letakkan di dalam mesin di atas..mesin ni rasanya dah sebulan berada di rumah mama..semenjak kaki aboh kerap sakit..aboh membuat keputusan untuk membeli mesin urut utk di letakkan di rumah..nak urut dengan orang x berani..maklumla..tulang aboh rapuh..bimbang patah nanti..Semasa saya hantar eishah..aboh ada bertanyakan yusuf..tapi saya katakan yusuf dalam kereta..nak pi hantar rumah pengasuh..tiba di rumah pengasuh..pengasuh plak x bukak pintu lg..penyudahnya saya drop yusuf di rumah mama semula..seronok la aboh dpt main dengan yusuf..td suami ada bgtau saya..aboh hantar yusuf ke rumah pengasuh dengan menaiki motor.. :)

Sunday, December 19, 2010

19 Dis 2010

Hari ni seperti biasa..petang baru saya sampai di rumah mama..aboh nampak monyok..dan saya pun x sampai hati nak tanya kenapa..saya ke rumah along utk membawa anak-anak mandi di kolam renang..ketika berada di rumah along..saya sempat msg bertanya pd aboh kenapa aboh nampak monyok..dan jawapan yg saya dapat..lelah..aboh lelah la pulak hari ni..untuk pengetahuan semua aboh mmg ada lelah dah lama..lepas tu angah msg lagi..katanya mungkin aboh stress bila org kontrol makan dia..pagi td aboh cuma makan meehon dan dalam meehon cuma ada lobak merah sahaja..tengahri tu..aboh cuma makan nasik dan ikan..nak letak kicap..tapi dihalang oleh mama..sedih pulak saya bila baca msg tu..lantas saya membalas...saya akan beli nasik arab utk aboh utk mkn mlm ni..harap2 aboh berselera makan..setelah makan malam di rumah along..saya bergegas ke hentian kajang untk membeli nasi arab..tiba di rumah saya lihat aboh sedang bermain dengan syafiq..segera saya pelawa aboh makan sementara masih panas makanan tu..dan meminta diri utk pulang ke rumah..x lama saya terima sms dr angah sewaktu dlm perjalanan pulang ke bukit mahkota..katanya..aboh makan nasik arab dengan berselera skali..ALHAMDULILLAAAAAAAAHHHHHH....

Gambar dr google

Saturday, December 18, 2010

18 Dis 2010


Alhamdullilah..pagi ni dah dapat biji aprikot utk aboh..semalam saya berusaha sedaya upaya mencari biji aprikot utk aboh..dengan harapan..dengan memakan biji aprikot ni..penyakit aboh beransur pulih...di bawah saya sertakan beberapa maklumat berkenaan dengan khasiat biji aprikot bagi pesakit kanser..

Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh….masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot…
Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Kelebihan Vitamin B-17

· Merawat & membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah

SUMBER:WORLD WITHOUT CANCER

Sunday, December 12, 2010

12 Dis 2010



Petang ini, sewaktu membawa anak-anak menjamu selera di Mcd Nilai..saya mendapat panggilan daripada aboh..mama dan aboh nak dtg ke rumah..pantas saya makan dan segera pulang ke rumah..aboh nampak uzur..jalan pun dah x kuat..menurut kakak saya..kaki aboh makin menjadi-jadi sakitnya lately ni..risaunya hati..tapi saya terpaksa berlagak seperti biasa..senang leka melihat anak-anak bermain di luar..aboh menghampiri saya..kata aboh..kaki aboh sakit..aboh baca dlm internet..lama-lama boleh lumpuh..Ya Allah..tabahkanlah hatiku Ya Allah..saya membalas..mana aboh tau?menurut aboh..dr apa yang dibaca dr internet..lama-lama boleh lumpuh kerana spot tu ada di center badan..saya sendiri x faham kerana yang saya tau ada 10 spot..tapi  saya tatau di mana setiap spot tu berada..Tabah la wahai aboh kerana kami akan berusaha yang terbaik utk aboh..