CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 8, 2010

8 Feb 2010

Hari ni kebetulan aboh ada appointment di HUKM..kata aboh..dia nak hukm rekodkan skali mild strok baru-baru ni..saya sangkakan semuanya akan bertambah baik..tapi rupanya tidak..sesungguhnya kami benar-benar diuji..rupanya perasaan lega hanya mampu bertahan sebentar sahaja..pulang dari HUKM..aboh sedikit sugul..tapi cuba bercerita dalam nada berjenaka..menurut aboh..kandungan psa dalam darah aboh tinggi..itu yang doktor kata..dan doktor mencadangkan aboh membuat biopsi kerana doktor menjangkakan yang aboh menghidap kanser prostat..menurut aboh..aboh ada juga bertanyakan boleh tak sekiranya aboh x buat biopsy..tapi apa yang doktor tu jawab ialah..sekiranya aboh x buat biopsy..dia estimate life span aboh cuma 5 thn..sangat hampeh punya doktor..doktor bukan tuhan..ajal maut semua di tangan tuhan..saya sedih dan sedikit kecewa mendengar berita itu..dan bermula dari hari ni..kehidupan kami sekeluarga turut berubah..saya banyak menangis..risau..begitu juga adik beradik yang lain..ya allah..tabahkan hatiku untuk menempuh semua ujian yang KAU turunkan ini Ya ALLAH...

0 comments:

Post a Comment