CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 5, 2010

5 Mei 2010

Saya sendiri tak pasti bila tarikh sebenar result biopsi aboh keluar..yang pastinya pd masa tu saya sedang menduduki ujian PTK..sedikit terganggu emosi saya tatkala itu menyebabkan saya gagal satu paper..pasti ramai yg nak tau keputusan biopsi aboh..hari keputusan biopsi aboh keluar..sepatutnya suami menemani aboh ke hukm..dan seperti biasa..setibanya kali di rumah mama..aboh sudah pun pergi..saya dah agak..aboh mmg tanak sesiapa menemaninya..dan keputusannya..daripada 7 sampel yang diambil..6 sampel tersebut positif aboh menghidap kanser prostat..Ya Allah..beratnya ujian yang KAU turunkan ya Allah..walaubagaimanapun aku pasrah Ya Allah..kerana aku yakin..setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...bermula dari hari ini..aboh akan mula makan ubat prostat..dan setiap 3 bulan aboh perlu mengambil suntikan hormon di HUKM...Di saat-saat ini..saya lihat aboh seakan berada dalam keadaan antara mahu menerima kenyataan atau tidak dan seboleh-bolehnya aboh mahu mengelak..begitu juga saya...Apa pun..semua ini kenyataan..kami sekeluarga perlu tabah utk menghadapinya bersama...

0 comments:

Post a Comment