Assalamualaikum
Dah lama rasanya saya x bercerita tentang aboh..2 tahun lepas kami
sekeluarga terima berita tentang sakit aboh..sungguh...mmg saya cukup
sedih tatkala itu..bermula dari tarikh itu kehidupan kami sekeluarga
berubah 360 darjah..tiada lagi senyuman yg benar2 ikhlas dr bibir saya
kecuali senyuman palsu..utk menutup segala kegusaran dan kesedihan yg
saya simpan..cuti?lebur semua cuti yg saya ada kerana membawa aboh ke
hospital untuk beberapa ujian..itu saja yg saya mampu lakukan..bila lagi
saya mahu membalas jasa aboh membesarkan saya..inilah masa
saya..hampir menarik nafas lega kerana sepanjang 2 thn ini tahap
kesihatan aboh sangat positif..kandungan psa dalam darah aboh juga
kembali ke paras normal..tapi permulaan tahun ni..apa yg saya
nampak..tahap kesihatan aboh semakin merosot..lebih2 lagi sakit
kaki..sehinggakan untuk berjalan skrg aboh perlu pakai tongkat..smlm
selepas menunaikan solat magrib..lama saya tenung wajah aboh..Allah..tua
sudah rupanya ayah saya ini..masa tu aboh duduk di sofa bed sambil
pegang kaki..aboh kata..hurmm...xtau la aboh ni sakit apa la pulak..x
baik2..berdenyut2..ada sedikit kerisauan di hati saya saat mendengar
butir bicara aboh itu..sepatutnya saya bawa aboh dan ashrof ke pusat
rawatan islam al-hidayah hari ni..tapi disebabkan sibuk dengan urusan di
pejabat..saya tangguhkan apoitment tersebut..tapi di pejabat hari
ni..saya rasa tak sedap hati..lantas saya minta cuti drpd
bos..alhamdulillah..bos bg saya cuti..hurmm..ramai rasanya yg belum tau
pasal sakit aboh..biarlah saya simpan rapi semua cerita ni..mungkin satu
hari nanti..saya akan upkan entry tentang itu di sini sebagai
kenang-kenangan..Hari ini hari lahir aboh..aboh sendiri yang beli kek dan telefon anak cucu untuk berkumpul di rumah..Semoga tuna sentiasa memelihara kesihatan aboh..Amin..mohon rakan2 blogger doakan semoga tuhan sentiasa
memelihara kesihatan aboh..tq..
0 comments:
Post a Comment